10 Sebab Peniaga Perlu Daftar SSM & Buka Akaun Semasa

1. Menepati Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
Mengikut Akta Perniagaan 1956 sebelum memulakan perniagaan mestilah mendaftarkan perniagaan anda. Tidak mendaftarkan perniagaan adalah satu kesalahan dan boleh di dakwa di mahkamah.

2. Elak Risiko Didenda RM50 000 @ Penjara 2 tahun
Jika dah mendaftar perniagaan di SSM anda terselamat dari risiko denda dari SSM. Bukan sikit-sikit ya denda yang dikenakan.

3. Sebagai Bukti dan Kredibiliti Kepada Pelanggan
Nak bagitahu orang anda berniaga mestilah ada bukti kan? Jadi Sijil daftar niaga SSM tu lah buktinya. Dah ada SSM pelanggan akan lebih percaya.

4. Meyakinkan Pelanggan Kita Adalah Peniaga Sah
Ada SSM  mencerminkan perniagaan anda benar dan mesti pelanggan tidak ragu-ragu dengan kita. Kita berniaga ikut undang-undang.. halal dan berkat. InshaAllah boleh bayar zakat boleh bantu orang lain juga dan boleh maju.

5. Memudahkan urusan dengan pembekal
Berniaga ni tak sah kalau tak melibatkan pembekal. Kita mesti nak cari pembekal yang bagi harga terbaik. Pembekal mesti minta SSM dan akaun sebagai rujukan.

6. Senang nak buat pinjaman bank
Sampai masa anda perlukan modal untuk kembangkan perniagaan. Ada SSM dan Akaun Semasa bank akan pandang peniaga yang ada 2 benda asas ni dulu. Jadi mudah untuk anda berurusan dengan pihak bank. Penyata bulanan pada akaun semasa juga adalah bukti kukuh anda mempunyai kewangan yang baik untuk buat sebarang pinjaman. Disebabkan anda tidak mempunyai slip gaji kerana berniaga sendiri penyata bank akaun semasa adalah bahan sokongan.

7. Medium untuk belajar ilmu niaga sebelum ke Sdn Bhd
Sebelum melangkah ke arah yang lebih kompleks daftar niaga ni boleh jadi medium terbaik untuk anda belajar selok belok perniagaan. Jika sudah sedia untuk caran yang lebih besar baru boleh upgrade ke Sdn Bhd.

8. Pengasingan duit peribadi & niaga
Nak berniaga ni tak boleh lah sembrono je biarlah bersistem untuk memudahkan kita jugak nanti. Bila ada akaun semasa senang nak asingkan duit berniaga. Jangan guna akaun personal untuk perniagaan bagi mengelak risiko akaun simpanan ditutup kerana melakukan banyak transaksi keluar dan masuk. Transaksi akaun simpanan ada hadnya dan tidak sesuai digunakan untuk tujuan niaga.

9. Mudah untuk isytihar pendapatan ke LHDN
Salah satu benda wajib buat setahun sekali adalah isytihar pendapatan. Ada akaun semasa senang nak buat laporan kewangan. Memudahkan kerja anda mahupun akauntan nak kira. Secara tak langsung dapt jimatkan kos dan masa kita nanti.

10. Sebagai majikan dan pekerja
Jika bisnes dah maju mesti nak gajikan pekerja. Anda kena daftar sebagai majikan. Jika SSM pun takde macam mana nak daftar. Kelak nak bayar gaji mestilah dari akaun semasa perniagaan.

Haa nampak tak pentingnya SSM dan ada akaun semasa untuk perniagaan anda. Jadilah peniaga yang bijak dan bertanggungungjawab dengan mengurusnya secara sistematik.

Jika anda nak kami bantu untuk urusan perniagaan anda boleh hubungi kami
CALL - 03 5513 8000
WHATSAPP - 013 3787789/013 3987789/013 330 7789/013 393 7789
EMAIL - bizworldservices@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PROSES SEBENAR AUDIT SDN BHD

APA ITU AKAUN & AUDIT