PROSES SEBENAR AUDIT SDN BHD
Selalunya setiap tahun syarikat akan hantar dokumen kepada auditor. Lepas tu auditor akan bagi invoice untuk audit fee, tax fee dan berapa tax kena bayar.
Faham tak macam mana proses dia yang sebenar?
Flow dia macam ni sebenarnya. Untuk syarikat Sdn Bhd, director WAJIB hantar Financial Statement (F/S) pada auditor untuk diaudit. Tahun pertama penubuhan, syarikat perlu tutup akaun dalam masa 18 bulan. Tahun pertama ni la waktu untuk director tentukan bila tahun berakhir kewangan syarikat.
Tahun akhir kewangan syarikat ni tak semestinya bulan 12. Boleh pilih bulan2 lain. Tak semestinya audit tahun pertama tu kena 12 bulan juga. Boleh kurang, boleh juga lebih dari 12 bulan.Tahun-tahun seterusnya, syarikat perlu diaudit dalam masa 6 bulan selepas berakhirnya tempoh kewangan. Director yang sebenarnya bertanggungjawap untuk pastikan F/S syarikat diaudit. Sebab tu kalau tak diaudit, director akan kena penalty dari SSM.
Andaikata director tak tahu nak sediakan. Kena la gajikan akauntan sendiri, atau upah orang untuk sediakan. Bila F/S dah siap, kena serahkan pada auditor bersama-sama dokumen2 yang digunakan untuk penyediaan F/S tu.
Atau boleh je suruh auditor datang ke office kita untuk buat audit. Tengok mana yang mudah.Kerja auditor untuk check dan bagi pendapat sama ada F/S yang disediakan tu betul dan tepat. Orang yang buat akaun boleh buat sales melambung-lambung tinggi walau pun tak betul. Auditor akan check samada betul atau pun tak. Kalau salah, dia akan suruh betulkan. Auditor lebih updated dengan 'undang2' perakaunan ni.
Katakan syarikat tak nak betulkan, then auditor boleh bagi pendapat yang mana F/S syarikat tak ok and tak boleh pakai. So semua orang yang baca F/S ni tahu akaun ni tak boleh pakai, tak boleh percaya.Lepas selesai audit. Audited report ni akan dihantar kepada Tax Agent untuk diorang kira berapa tax yang kena bayar.
Dokumen-dokumen pun tax agent akan check and teliti. Tax Agent pun ada rules dia untuk tengok samada Expenses tu boleh tolak tax atau pun tak. Bukannya sesenang amik profit darab dengan tax rate.Untung atau pun rugi, tetap kena declare tax syarikat. Macam mana LHDN nak tahu syarikat rugi kalau tak declare.
Lepas selesai tax agent buat kerja, dia akan submit tax declaration pada LHDN and inform syarikat berapa yang perlu bayar.Lepas tu baru la selesai proses audit and tax syarikat Sdn Bhd. So tahun depannya ulang proses yang sama. Setiap tahun buat benda yang sama.
HUBUNGI KAMI DENGAN GOOGLE FORM DIBAWAH
https://forms.gle/THSVGshwgfAKseQk8
https://forms.gle/THSVGshwgfAKseQk8
Jom kami bantu anda! Untuk pertanyaan lanjut https://www.wasap.my/60133307789
Comments
Post a Comment