5 KEWAJIPAN USAHAWAN & PEMILIK PERNIAGAAN KENA BUAT
Golongan peniaga mesti mula & perlu sedar akan kepentingan yang perlu ada bagi melayakkan mereka untuk memenuhi syarat bagi memohon bantuan dan geran daripada kerajaan.
5 kewajipan dan tanggungjawab tersebut adalah..
1. Daftar ROB atau ROC di SSM.
Mestilah mempunyai bisnes yang berdaftar di SSM, walaupun anda berniaga secara 'online' dari rumah. Ini adalah kerana mempunyai entiti perniagaan yang sah itu adalah penting & perlu. Jika di Sabah & Sarawak, ROB perlu berdaftar dengan PBT dan ada premis perniagaan.
Mestilah mempunyai bisnes yang berdaftar di SSM, walaupun anda berniaga secara 'online' dari rumah. Ini adalah kerana mempunyai entiti perniagaan yang sah itu adalah penting & perlu. Jika di Sabah & Sarawak, ROB perlu berdaftar dengan PBT dan ada premis perniagaan.
2. Buat Akaun Perniagaan.
Ini adalah penting untuk peniaga supaya anda boleh tahu kedudukan kewangan sama ada perniagaan anda menguntungkan ataupun tidak. Selain itu juga, kawalan aliran tunai keluar masuk perniagaan anda dapat di kawal.
3. Laporan Kewangan Perniagaan.
Mempunyai laporan kewangan perniagaan kerana ini akan menunjukkan status semasa perniagaan anda. Adakah untung atau rugi..? Berapa aset, liabiliti & modal yang semasa..? Adakah perlu suntikan modal..? Daripada laporan ini juga anda boleh merangka bajet dan strategi untuk keperluan kewangan atau pemasaran perniagaan anda.
4. Isytihar Cukai Pendapatan Perniagaan.
Mempunyai fail LHDN. Tidak perlu takut sekiranya rekod pendapatan perniagaan anda adalah benar dan sah. Isytihar pendapatan & bayar cukai adalah dua perkara yang berbeza. Adakalanya tidak perlu bayar cukai pun selepas pengisytiharan pendapatan dibuat disebabkan pelepasan cukai yang diberi melebihi cukai yang dikenakan.
5. Carum KWSP, SOCSO, EIS.
Mempunyai caruman ini adalah sebahagian tanggungjawab kepada majikan dan pekerja. Di samping itu juga, ia adalah jaminan untuk keperluan masa hadapan. Seperti inisiatif RM1200 yang kerajaan berikan kepada majikan baru baru ini.
Bila pemilik perniagaan tidak pernah buat akaun, tidak pernah submit cukai, tak tahu simpan dokumen perakaunan dan tidak menyimpan resit/bil/dokumen lain sebagi rekod, akan merumitkan proses bila nak apply loan dan seumpamanya.Sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan, anda layak untuk memohon bantuan rangsangan PKS yang diumumkan oleh kerajaan tempoh hari.
CALL - 03 5513 8000
WHATSAPP - 013 3787789/013 3987789/013 330 7789/013 393 7789
EMAIL - bizworldservices@gmail.com
Comments
Post a Comment