7 INISIATIF SSM BERSAMA KURANGKAN BEBAN SEKTOR KORPORAT
Berikut adalah 7 inisiatif yang dikeluarkan oleh SSM untuk syarikat PLT, SDN BHD dan Berhad dalam mengurangkan beban sektor korporat dalam tempoh PKP.
Terima Kasih kepada SSM bersama-sama mengurangkan beban sektor korporat.
1) Bagi langkah tambahan Pertama, SSM akan memberikan tempoh moratorium 30 hari dari tarikh PKP berakhir untuk menyerahkan simpan dokumen dengan SSM. Semua transaksi di bawah Akta Syarikat 2016 dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 perlu diserah simpan atau dikemukakan kepada Pendaftar selepas tamat tempoh PKP. Dalam tempoh moratorium tersebut, fi lewat serah simpan akan dikecualikan.
2) Bagi langkah tambahan Kedua, SSM akan memberikan perlanjutan masa selama tiga bulan bagi syarikat untuk menyerah simpan penyata kewangan kepada SSM. SSM juga akan mengecualikan pembayaran fi RM100 kepada syarikat yang terjejas dalam pelanjutan masa tersebut.
Selain daripada dua inisiatif ini, SSM, dalam menyahut saranan YAB Perdana Menteri untuk mengurangkan bebanan komuniti perniagaan, turut menggariskan lima lagi inisiatif lain.
3) Inisiatif ketiga SSM adalah untuk melanjutkan tempoh untuk pematuhan Seksyen 241 Akta Syarikat 2016 bagi CPE bagi setiausaha syarikat sehingga 31 Disember 2020 tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.
4) Inisiatif keempat SSM pula adalah untuk menaikkan nilai ambang semasa keberhutangan (indebtedness) di bawah Seskyen 466 Akta Syarikat 2016 dari RM10,000 ke RM50,000 sehingga 31 Disember 2020 untuk mengurangkan tindakan penggulungan terhadap syarikat. Tempoh untuk menjawab notis tuntutan oleh sesebuah syarikat juga dipanjangkan kepada enam bulan berbanding tempoh 21 hari pada ketika ini.
5) Inisiatif kelima SSM adalah untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan "Kempen Pematuhan Tahun 2020 Akta Syarikat 2016" sehingga 30 Jun 2020 di mana SSM akan memberikan kadar pengurangan kompaun maksimum sebanyak 90 peratus daripada nilai asal kompaun terhadap kompaun-kompaun bagi kesalahan lazim di bawah Akta Syarikat 1965 (AS 1965) dan Akta Syarikat 2016 (AS 2016) bagi situasi-situasi di mana syarikat aktif telah mengemaskini serah simpan Penyata Tahunan dan Penyata Kewangan; syarikat dorman atau tidak aktif telah membuat permohonan pembatalan nama di bawah seksyen 550, AS 2016 atau setiausaha syarikat telah memberi maklum balas bertulis terhadap notis di bawah seksyen 7(11)(b) AS 1965.
6) Inisiatif keenam SSM adalah untuk memperkenalkan pengecualian kelulusan bagi Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ) dalam membuat kutipan sumbangan daripada orang ramai untuk membantu lapisan masyarakat yang mengalami kesempitan hidup akibat pandemik Covid-19. Untuk mempercepatkan kegiatan amal ini, SSM akan memberikan pengecualian kepada SBMJ yang telah mendapat kelulusan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) daripada keperluan untuk mendapatkan kelulusan YB Menteri atau Pendaftar untuk membuat kutipan sumbangan tersebut sehingga
31 Disember 2020. SBMJ yang belum mendapat kelulusan daripada LHDNM masih dibenarkan untuk membuat kutipan sumbangan dengan syarat, SBMJ tersebut perlu membuat permohonan secara rasmi dalam tempoh 30 hari selepas PKP berakhir. Setiap SBMJ yang mengutip sumbangan Covid-19 perlu menyimpan rekod penerimaan sumbangan bagi pemantauan SSM.
7) Inisiatif ketujuh SSM adalah untuk memberikan pelanjutan masa pematuhan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) sehingga tiga bulan selepas berakhirnya PKP bagi syarikat mengadakan AGM. Walau bagaimanapun, syarikat masih perlu membuat permohonan kepada SSM untuk memastikan pelanjutan masa ini tidak disalahgunakan. Syarikat yang terlibat juga akan dikecualikan daripada membayar fi RM100 dalam pelanjutan masa tersebut.
SSM berharap inisiatif-inisiatif yang dicadangkan ini dapat sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban yang dihadapi oleh sektor korporat untuk memenuhi kewajipan mereka di bawah undang-undang yang dikawal selia oleh SSM.
Sumber: www.ssm.com.my
Sumber: www.ssm.com.my
Terima Kasih kepada SSM bersama-sama mengurangkan beban sektor korporat.
CALL - 03 5513 8000
WHATSAPP - 013 3787789/013 3987789/013 330 7789/013 393 7789
WHATSAPP - 013 3787789/013 3987789/013 330 7789/013 393 7789
EMAIL - bizworldservices@gmail.com
Comments
Post a Comment