PROSES SEBENAR AUDIT SDN BHD

PROSES SEBENAR AUDIT TAHUNAN SYARIKAT SDN BHD. Selalunya setiap tahun syarikat akan hantar dokumen kepada auditor. Lepas tu auditor akan bagi invoice untuk audit fee, tax fee dan berapa tax kena bayar. Faham tak macam mana proses dia yang sebenar? Flow dia macam ni sebenarnya. Untuk syarikat Sdn Bhd, director WAJIB hantar Financial Statement (F/S) pada auditor untuk diaudit. Tahun pertama penubuhan, syarikat perlu tutup akaun dalam masa 18 bulan. Tahun pertama ni la waktu untuk director tentukan bila tahun berakhir kewangan syarikat. Tahun akhir kewangan syarikat ni tak semestinya bulan 12. Boleh pilih bulan2 lain. Tak semestinya audit tahun pertama tu kena 12 bulan juga. Boleh kurang, boleh juga lebih dari 12 bulan. Tahun-tahun seterusnya, syarikat perlu diaudit dalam masa 6 bulan selepas berakhirnya tempoh kewangan. Director yang sebenarnya bertanggungjawap untuk pastikan F/S syarikat diaudit. Sebab tu kalau tak diaudit, director akan kena penalty dari SSM. Andaikata dir...